sakura2u

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim Hulu Langat

Posted on: May 22, 2011

Mstar Online melaporkan sehingga jam 12 malam seramai 12 mayat telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa,Hulu Langat. Dalam insiden malang itu, sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.

Menurut Malaysiakini, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni termasuk lima penjaga. Semua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Kejadian tanah runtuh berlaku pada 2.30 petang (Sabtu) ketika semua penghuni rumah anak yatim itu berada dalam sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang.

Tanah runtuh itu dilaporkan menimbus keseluruhan khemah tempat dimana mangsa berkumpul dan turut melibatkan sebuah surau.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan -Malaysiakini-

Ahli exco kerajaan negeri Selangor Rodziah Ismail yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memberi segala bantuan yang diperlukan.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga kepada semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Blog Stats

  • 6,344 hits

Flickr Photos

Lago di Braies

Red and Gold

Sol Duc Falls

More Photos
%d bloggers like this: