sakura2u

Harga petrol RON95 bakal dinaikkan sedikit masa lagi?

Posted on: May 14, 2011

Harga petrol RON95 ketika ini ialah RM1.90 sen seliter, namun harga ini dijangka tidak akan kekal lama. Menurut laporan, kemungkinan besar harga petrol RON95 akan dinaikkan sedikit masa lagi memandangkan harga pasarannya ketika ini ialah RM2.70 sen seliter. Jadi kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang agak tinggi iaitu 80 sen bagi setiap satu liter.

Ada pula pendapat yang mengatakan kerajaan ketika ini mengambil langkah berhati-hati untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 kerana bimbang akan reaksi rakyat, tambahan pula tarikh  untuk mengadakan PRU13 kian hampir. Namun dapat difahami kerajaan kian terdesak untuk mengurangkan kebanyakan subsidi yang ditanggung, terbaru harga gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilo, dan baru-baru ini petrol RON97 dinaikkan kepada harga baru RM2.90 sen seliter.

Jika harga petrol RON95 seperti sekarang kekal sehingga diadakan PRU13, dapat dijangkakan bahawa harganya pasti akan dinaikkan selepas itu. Bayangkan jika harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen atau 30 sen, rakyat kebanyakan pasti menanggung beban dalam perbelanjaan harian. Harga barang-barang juga pasti meningkat selari dengan peningkatan kos pengangkutan.

Seperti biasa kerajaan akan memberikan alasan harga minyak di negara kita lebih murah berbanding di negara jiran, Thailand contohnya. Apa pun alasan yang diberikan, rakyat sekali lagi akan terbeban. Sistem pengangkutan awam di negara kita masih kurang efisien, jumlah pendapatan pula masih rendah bagi kebanyakan sektor pekerjaan sama ada swasta atau awam.

Bagi pemilik kenderaan persendirian, sebelum ini mereka terpaksa membeli kereta dengan harga antara yang termahal di dunia, dan kini terpaksa pula membayar harga yang tinggi untuk pilihan petrol yang ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Blog Stats

  • 6,344 hits

Flickr Photos

Lago di Braies

Red and Gold

Sol Duc Falls

More Photos
%d bloggers like this: