sakura2u

Sembahyang Jumaat..

Posted on: May 13, 2011

Pada suatu hari jumaat yang hening Ahmad naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang jumaat. Ibu Ahmad memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Ahmad dah pun makan tengahari di rumah. Perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Ahmad pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Ahmad pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya dia di masjid, Ahmad pun mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan sembahyang jumaat berjemaah itu. Ahmad pun menunaikan sembahyang berjemaah itu.

Semasa para jemaaah rukuk termasuk Ahmad sekali…tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu, Ahmad pun berbisik kepada orang dihadapannya…

Ahmad: “jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..” .. lalu orang itu pun menjawab..“alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu”. Lalu orang di sebelah Ahmad pula yang terkejut kerana Ahmad bercakap di dalam sembahyang pun berkata…” eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap”.. selepas itu, ada seorang yang lain pula bersuara “yang kau bercakap tu aper “…. sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..

p/s : hahaha…ada juga org camni…apa pendapat anda?…adakah anda juga bercakap ketika sembahyang ( bg org Islam)…lalalala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Blog Stats

  • 6,344 hits

Flickr Photos

Lago di Braies

Red and Gold

Sol Duc Falls

More Photos
%d bloggers like this: