sakura2u

Rolls-Royce Phantom : Kereta Elektrik Termewah Di Dunia

Posted on: May 13, 2011

Rolls-Royce sememnagnya sebuah syarikat yang mengeluarkan kereta-kereta mewah sejak dari dahulu lagi. Kini mereka menghasilkan sebuah kereta mewah yang mesra alam iaitu Rolls-Royce Phantom 102EX. Mungkin kerana permintaan terhadap “Green Car” semakin ketara ketika ini.

Kereta itu dikuasakan oleh bateri yang terbesar di dunia yang pernah dimuatkan dalam kereta elektrik. Ia seberat 640kg dan boleh menggerakkan enjin elektrik sehingga jarak purata 125batu (lebih kurang 201km). Bateri tersebut juga boleh di cas dalam masa singkat iaitu 8jam.

Phantom 102EX mempunyai sistem pengecas bateri yang unik dimana ia akan dicas apabila kereta tersebut di parking pada termpat yang disediakan. Pengecasnya akan ditanam di dalam tanah dan Phantom 102EX akan dicas secara induksi apabila ia berada diatas pengecas itu.

Walaubagaimanapun, prestasi Phantom 102EX adalah sedikit rendah dari Phantom biasa yang menggunakan enjin V12. Ia mencapai halaju 60mph (96kmh) pada kurang 8 saat dan halaju maksimumnya 100mph (160kmh) berbanding Phantom berenjin V12 yang mencapai 60mph pada 5.7 saat sahaja.

Walaupun begitu, Phantom 102EX ini masih dalam bentuk model eksperimen dan jika terdapat banyak permintaan, Rolls-Royce akan mambawanya untuk di produksi. Harga yang dijangkakan adalah sekitar USD$1.6 juta.

Tabahan lagi, bentuk muktamad kenderaaan tersebut masih lagi belum ditetapkan disebabkan syarikat BMW yang merupakan “Parent company” kepada Rolls-Royce masih membuat kajian terhadap beberapa sistem hibrid dan elektrik.

Bagi kita yang sememangnya tidak mampu nak memiliki kereta ini, cukuplah dengan sekadar melihat gambar sahaja. Walaupun anda seorang jutawan pun,belum tentu anda dapat memilikinya. Kerana ia akan dibina secara “custom” dan secara “hand made”. Maka, bilangan Phantom 102EX di atas muka bumi ini tentulah terhad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

Blog Stats

  • 6,344 hits

Flickr Photos

Lago di Braies

Red and Gold

Sol Duc Falls

More Photos
%d bloggers like this: